Tuesday, July 5, 2011

Apakah Business Online

Adakah anda:


Seorang yang berminat untuk memulakan perniagaan sendiri di internet


Sedang merancang untuk berniaga di internet tetapi masih kurang jelas model bisnes apa yang harus dilakukan dan bersesuaian dengan kepakaran, minat serta hobi anda

Ingin menjana pendapatan secara part-time atau full-time secara aktif dan pasif melalui internet.
    Pernah menyertai beberapa perniagaan internet yang berkonsepkan skim cepat kaya ataupun sistem piramid, tetapi akhirnya wang yang dilaburkan hangus begitu sahaja.
      Mahu memulakan dan memiliki sebuah perniagaan sendiri di internet secara sah bagi satu tempoh masa panjang dan berterusan.
        atau seorang yang buta IT tetapi mahu menjalankan perniagaan di internet sambil menjana pendapatan yang pasif dan konsisten?

        Jika anda memilih salah satu atau sebahagian pilihan diatas, maka anda harus melihat fakta-fakta yang di bongkarkan dibawah! Apa yang bakal saya dedahkan kepada anda nanti bakal mengubah persepsi anda tentang perniagaan internet (online).


        Statistik Pengguna Internet Semakin Meningkat!


        stat

         stat1
        Berdasarkan fakta di atas, ini bermaksud jumlah rakyat Malaysia yang menggunakan internet pada Tahun 2010 adalah semakin bertambah.


        ...dan ini sebenarnya salah satu sebab kenapa anda perlu merebut peluang ini untuk mula memasarkan produk sendiri atau mula menjana keuntungan lumayan daripada jumlah statistik pengguna internet seperti yang kita dapat lihat diatas.

        Cuba kita fikir semula, dengan modal RM50 atau RM100 yang kita laburkan untuk menyertai mana-mana skim piramid atau cepat kaya tersebut, kita mungkin berjaya menjana pendapatan yang lumayan sehingga beribu-ribu ringgit. TETAPI... adakah sumber rezeki yang diperolehi itu anda yakin datang dari sumber yang sah dan halal?

        "Alahhh... Tak perlu risau, bisnes yang saya join ni syarikatnya berdaftar dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Tak kan dia nak kelentong plak?"

        Sila betulkan mind-set yang sebegitu. Pada bulan Jun 2010 yang lepas, 3 buah syarikat telah pun dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa kerana disyaki menjalankan perniagaan berkonsepkan 'Game Money' di mana ia sememangnya telah diharamkan di negara ini.

        Apa yang lebih menarik, ketiga-tiga syarikat di atas juga telah berdaftar dengan pihak SSM!

        Kenapa tidak digunakan sahaja modal di atas untuk anda mulakan sendiri perniagaan internet anda dan keuntungannya 100% milik anda. Pastinya anda tidak perlu khuatir lagi sama ada sumber pendapatan yang diperolehi tersebut halal atau tidak, dan yang paling penting anda yakin ia SAH di sisi undang-undang.
        Teruskan membaca blog ini ...

        Apa itu RSS dan cara menggunakannya

        Harini saya ingin bercerita tentang RSS. Apa sebenarnya RSS ? RSS adalah singkatan bagi Really Simple Syndication atau dipanggil juga Rich Site Summary. Mengapa perlunya RSS ? Bagaimana cara untuk menggunakannya? Ok. Saya akan terangkan dengan bahasa yang mudah difahami.

        RSS adalah satu teknologi web yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih mudah dan peratus kesampaiannya (delivery) ke emel ‘prospek’ atau pembaca adalah menghampiri 100%. RSS adalah antara cara lain bagaimana mahu mengelakkan emel yang dihantar kepada ‘prospek’ atau bakal pembeli atau pembaca blog kita tidak masuk ke dalam bahagian bulk folder emel (dianggap spam). Macam mana, faham?

        Sekarang kita sentuh pula kegunaan RSS. RSS sebenarnya amat menyeronokkan jika anda menggunakannya. Salah satunya ia amat berguna jika anda mempunyai banyak blog untuk dilawati setiap hari. Oh ya, katakan anda mempunyai 10 blog atau mungkin lebih blog untuk dilawati setiap hari, tentunya anda mungkin menaip di browser internet atau membuka link bookmark setiap kali ingin mengetahui sama ada sesebuah blog itu mempunyai artikel yang baru atau tidak tetapi dengan teknologi RSS anda tidak perlu melakukan cara itu lagi. Cara ‘Manual’ ini mungkin akan memakan masa yang lama jika anda mempunyai lebih dari 1o blog untuk dilawati setiap hari. Sekarang, dengan RSS masa anda akan dapat dijimatkan dan memudahkan lagi kerja anda.

        Bagaimana pula untuk menggunakannya? Ok. Sebelum itu saya mahu terangkan lagi tentang RSS ini. RSS memerlukan aplikasi untuk berfungsi. Salah satu aplikasi yang bagi RSS ini ialah RSS Reader. Ia terdiri daripada dua jenis iaitu berasaskan Web dan juga Desktop (perlu install pada komputer). Pada artikel ini saya hanya akan tunjukkan aplikasi berasaskan web iaitu RSS Google Reader yang boleh diakses menggunakan akaun Google anda. Jika anda belum mempunyai akaun Google, anda boleh daftar di sini . Untuk pengetahuan anda, dengan mendaftar akaun Google, anda dapat menggunakan semua perkhidmatan Google seperti Gmail, blogger, adsense dan banyak lagi hanya dengan menggunakan satu username dan password sahaja.

        RSS Reader akan memaparkan artikel terkini dari blog kegemaran anda jika ada. Ini akan menjimatkan masa kerana anda tidak perlu pergi dari satu blog ke blog yang lain untuk melihat sama ada blogger terbabit menulis artikel baru atau tidak. Tunggu je RSS Reader mengumpul dan memaparkan artikel terbaru terus dari blog kegemaran anda itu. Mudah bukan?

        Anda mungkin dapat melihat separuh atau artikel penuh pada RSS Reader. Hal ini bergantung kepada ketetapan yang telah dilakukan oleh pemilik blog atau laman web. Jika artikel yang dipaparkan adalah separuh, anda perlu juga pergi ke blog berkenaan untuk membaca ‘baki’ tulisan tersebutdan begitu juga jika anda ingin memberikan komen tentang artikel tersebut anda perlu terus ke blog berkenaan.

        Sekarang, saya akan tunjukkan cara untuk menggunakan aplikasi Google Reader. Jom!

        Buka http://google.com/reader
        Jika anda telah Login, anda akan terus dibawa ke bahagian aplikasi RSS Reader. Jika belum Login, anda perlu login melalui username dan password akaun Google anda.
        Google Reader

        Klik pada menu add a subscription:
        <

        Masukkan URL RSS Feed bagi blog kegemaran anda.
        Ops, bagaimana nak tahu URL RSS atau secara spefisiknya dipanggil Feed URL?
        Mudah sahaja, antara caranya adalah, jika blog kegemaran anda itu menggunakan WordPress, maka hanya letakkan /feed di hujung URL blognya. Contohnya blog Rahsia Siber ini URL-nya adalah http://www.rahsiasiber.com, jadi feed URL adalah http://www.rahsiasiber.com/feed. Cara lain adalah, biasanya blogger (tuan milik blog) akan meletakkan button berwarna oren atau link yang menyatakan ‘Subscribe Our RSS’ seperti ini:


        Nampak tak button RSS yang bewarna oren tersebut? Klik kanan dan copy link URL RSS di button tersebut. Kemudian, paste ke dalam bahagian RSS Reader anda.
        * Alternatif lain ialah dengan bertanya kepada pemilik blog.
        Kemudian paste URL feed tadi ke bahagian Add Subscription dan tekan Add:
        Secara automatik, jika URL Feed yang anda masukkan tadi betul, anda akan dipaparkan dengan senarai artikel daripada blog tersebut. Anda boleh pilih bagaimana mahu memaparkan senarai artikel sama ada secara expand atau list view:


        Di bawah adalah bentuk List view:



        List View
        Anda boleh cuba Add blog lain dan untuk melihat satu demi satu blog melalui RSS Reader Google ini, gunakan menu di sebelah kiri:

        Seterusnya, saya serahkan kepada anda untuk mencuba-cuba RSS Reader itu secara sendiri. Saya hanya ‘tunjukkan jalan’ sahaja. Cubalah, ia amat berguna untuk anda sebagai pembaca blog, lebih-lebih jika banyak buah blog yang perlu dibaca setiap hari. Ia bukan hanya untuk mengetahui ada artikel baru atau tidak, malah anda boleh membaca artikel dari blog itu terus di RSS Reader. Selamat mencuba.
        Akhir kata, jimatkan masa anda dengan menggunakan RSS Reader! Jadilah pembaca yang bijak.

        Wassalam.